
Seorang peneroka bernama Keiichi Iwasaki sudah menjelajah 37 negara dalam masa 8 tahun hanya dengan wang saku 2 dollar. Kecenderungannya untuk menjelajah dunia bermula apabila dia menyertai jelajah Jepun dengan menggunakan basikal Raleighnya. Sejak pada itu dia membuat keputusan untuk menumpang sebuah feri ke Korea Selatan. Setakat ini dia telah mengayuh sejauh 28,000 batu. Dia telah kehilangan 4 buah basikal dimana 2 daripadanya dicuri manakala selebihnya rosak.
Keiichi Iwasaki telah menempuh pelbagai cabaran perit sepanjang penjelajahannya. Diantaranya dia pernah dirompak lanun, ditahan di India, hampir mati digigit anjing gila dan nyaris dikahwinkan dengan orang Nepal.
Mungkin anda tertanya-tanya bagaimana Keiichi Iwasaki menampung penjelajahan yang pada pendapat umum mengambil belanja yang banyak. Bagi Keiichi, dia menggunakan kemahirannya dalam membuat silap mata di jalanan.
Ini adalah kata-kata Keiichi Iwasaki yang boleh menjadi peransang dan inspirasi kepada kita."Ramai penjelajah dan pengembara memerlukan wang untuk mengembara tetapi bagi Keiichi daripada mensiakan peluang untuk menjelajah dunia, dia bertegas bahawa mimpi boleh menjadi kenyataan jika anda mempunyai keinginan yang kuat".
Dia mendayung sampan dari hulu Sungai Ganges ke laut sejauh 1300 km yang mengambil masa selama 35 hari.
Ini adalah gambar Keiichi di puncak Gunung Everest. Dia tidak mempunyai wang ketika menyertai pendakian bersama pendaki-pendaki mahir. Baginya, menawan puncak Gunung Everest adalah satu kejayaan paling besar baginya.
Setakat ini, Keiichi telah menjelajah South Korea, China, Vietnam, Cambodia, Thailand, Malaysia, Singapore, Laos, Nepal, India, Bangladesh, Pakistan, Iran, Azerbaijan, Georgia, Turkey, Greece, Bulgaria, Macedonia, Albania, Montenegro, Croatia, Bosnia & Herzegovina, Serbia, Hungary, Slovakia, Czech, Austria, Germany, Holland, Belgium, France, England, Spain, Portugal, Andorra, Switzerland.
Semoga Keiichi berjaya menamatkan penjelajahannya dan terus memberi inspirasi kepada semua yang bercita-cita untuk mencapai impian di dalam kehidupan.
Anda suka berita-berita disini? Kalau sudi, silalah ambil banner kami di sidebar sebelah. Terima kasih
Tag
Blog tutorial blog untuk beginner basic easy mudah senang belajar blogger top cantikkan blog tutorial simple Berita pelik berita aneh berita misteri berita amazing berita terkini berita gila berita inspirasi berita malaysia berita luar negara berita menarik fcucommunity fcuwidget widget cute widget comel freebies free widget widget cool widget cantik widget tepi blog fcu kamiblogger contest pertandingan peraduan top blogger super top blogger
FCUCOMMUNITY
takkan layan je? jomlah komen sikit..
TARIKH TUTUP PENYERTAAN IALAH SEBELUM 11.59 PM PADA 20 MAC 2010
SEMUA PESERTA-PESERTA (yang tidak dapat markah lagi)SILA PERGI KE PAGE INI DAN LOG-IN DI SEMUA TUGASAN(1-6) UNTUK PEMBERIAN MARKAH
SOALAN DAN TUGASAN TAMAT







Yelah Yob!!! 2 hengget je wei! (^_^)
AHahah x singgah msia lagi ker? =p
terujer la bila baca criter nih.... bila dh tekad kan..... kiter boleh
Malaysia dia dah visit. Sekarang ni mungkin dia berada di Afrika. Memang betul, "there is a will, there is a way".
guna visa ke hape mamat ni? huhu
wah!! terkejut beruk saya.. memang dahsyat
hahaha.! kaw mmg berok..lawak je..^^
dasat tol laki ny...
erk..nak tanya..
dya tangkap pix 2..dgn cam sape..?
gambar lawa2..^^